Seorang Pemain Malaysia B-23 Berlepas Ke Qatar Malam Ini
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Seorang pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal menyertai pasukan itu di Qatar menjelang Piala Asia B-23 2024.

Pemain yang dimaksudkan ialah bek kiri muda Negeri Sembilan FC, Azrin Afiq Rusmini. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

“Azrin Afiq Rusmini dipanggil saat akhir dan dijangka berlepas ke Qatar malam ini,” katanya di platform X.

Advertisements

Penyertaan saat akhir Azrin dibuat jurulatih Harimau Muda, Juan Torres Garrido bagi menggantikan pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aiman Afif Md Afizul.

Aiman Afif terpaksa digugurkan daripada skuad akhir Piala Asia B-23 selepas media Vietnam melaporkan beliau mengalami kecederaan semasa skuad negara menentang Qatar baru-baru ini.

Keadaan ini menyaksikan Garrido terpaksa melupakan khidmat Aiman Afif untuk kejohanan tersebut.

Advertisements

Sebelum ini, jurulatih Sepanyol itu terpaksa melupakan khidmat Azam Azmi Murad, Richard Chin, Rahadiazli Rahalim dan V. Ruventhiran kerana masalah kecederaan.

Skuad Malaysia B-23 ini dilihat barisan terbaik Garrido bagi merealisasikan sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu layak ke peringkat suku akhir.

Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama negara serantau Vietnam, Uzbekistan dan Kuwait. Skuad negara membuka tirai Kumpulan D dengan menentang Uzbekistan pada 17 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram