Advertising
Sepakan Juan Muniz Buat Alexander-Arnold Terpegun
MakanBola
LFC/JST

Video sepakan percuma bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Sepanyol, Juan Muniz mengagumkan tonggak pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Ini selepas bek kanan berusia 26 tahun itu berpeluang melihat video lima gol yang terhasil daripada sepakan percuma dalam saingan Liga Super.

Ad

Selain Muniz, bintang Liga Super lain yang ditampilkan dalam video Stadium Astro itu ialah Safawi Rasid, Paulo Josue, Luciano Guaycochea dan Manuel Hidalgo.

Ad

Sebaik melihat gol bintang Sepanyol itu semasa menentang KL City FC pada 25 Mei lalu, Alexander-Arnold kagum dengan gol tersebut.

Ini kerana menurut pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 itu, sepakan percuma Muniz bukan mudah untuk dihasilkan.

Ad

“Jika anda melihatnya, itu yang saya suka (dari segi) teknik (Juan Muniz) di situ,” katanya.

Ad

“Ia agak sukar kerana (jarak) sepakannya (dengan gawang) dekat. Anda perlu gerakkan (bola) ke satu arah. Dan beliau juga memastikan bola bergerak laju.”

Ad

Aspek teknikal yang terserlah dalam gol bekas bintang Sporting Gijon itu mendorong Alexander-Arnold memilihnya sebagai gol sepakan percuma pilihan beliau.

Sejak menyertai JDT pada 2023, Muniz sentiasa mengagumkan penyokong dengan gol jarak jauh dan sepakan percuma yang menarik. Beliau merekodkan 63 penampilan, 21 gol dan 22 bantuan gol.

Sebelum ini, Alexander-Arnold turut meluahkan rasa kagum melihat gol Safawi semasa menentang Negeri Sembilan FC pada 30 Julai lalu.