Pemain bintang Liverpool dan skuad kebangsaan England, Trent Alexander-Arnold meluahkan rasa terkesimanya apabila melihat teknik yang dimiliki pemain Terengganu FC, Safawi Rasid.
Arnold melihat teknik sepakan percuma Safawi sebagai sesuatu yang hebat dan jaringan Safawi itu dianggap baik.
“Wow! Itu sangat baik,” jelas Arnold ketika diminta memberikan reaksi jaringan sepakan percuma Liga Malaysia yang dimuatnaik Stadium Astro.
Jaringan Safawi itu terhasil dalam aksi Liga Super di antara Terengganu dan Negeri Sembilan pada Julai 2024 yang mana menyaksikan Terengganu memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.
Arnold dan Safawi sudah pastinya mempunyai persamaan apabila kedua-duanya mempunyai kepakaran dalam mengambil sepakan percuma untuk pasukan masing-masing.
Arnold kini sedang melalui musim gemilang bersama Liverpool di bawah kendalian jurulatih baharu, Arne Slot. Liverpool kini selesa di puncak Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 45 mata, 8 mata dibezakan dengan pasukan di tangga kedua, Nottingham Forest.