Sepakan Kencang Penyerang Jerman Cederakan Penyokong
MakanBola
UEFA EURO 2024
Sponsors

Seorang penyokong Jerman bernasib malang apabila tangannya patah kerana terkena sepakan kencang penyerang Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug.

Akhbar Bild melaporkan seorang penyokong bernama Kai Flathmann mengalami kecederaan tersebut semasa Die Mannschaft menjalani sesi memanaskan badan sebelum perlawanan EURO 2024 menentang Scotland.

Ad

Flathmann yang duduk di barisan tempat duduk hadapan bersebelahan gawang di Allianz Arena terkejut apabila bola yang disepak Fullkrug terkena tangannya.

Ad

Keadaan ini menyebabkan dia terpaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jerman dalam keadaan diusung sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Saya menyanyikan lagu kebangsaan atas pengusung. Saya tak tahu sama ada nak ketawa atau menangis.

Ad

“Malangnya, saya terpaksa lepaskan impian menghadiri perlawanan pembukaan (EURO 2024). Tapi bila lagi anda akan dapati tangan anda dipatahkan oleh Fulle (nama panggilan Fullkrug)?” katanya.

Ad

Penyerang berusia 31 tahun itu dilaporkan kesal dengan apa yang berlaku. Lantas, sebagai tanda permohonan maaf, Fullkrug telah menghantar pakej berupa jersi Die Mannschaft dan surat permohonan maaf kepada Flathmann.

Ad

Penyerang Dortmund itu kemudiannya membuat penampilan sebagai pemain gantian dan meledakkan gol keempat buat Jerman. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan besar 5-1 Jerman ke atas Scotland.

Jerman akan turun menentang Hungary dalam aksi kedua Kumpulan A yang berlangsung pada awal pagi 20 Jun ini.