Bekas kapten Sri Pahang, Sergio Aguero bakal diperkenalkan selaku pemain kelab Thailand pada awal Julai hadapan.
Nama Sergio Aguero kini menjadi bualan ramai apabila telah dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya DPMM serta Kelantan DN setelah meninggalkan Sri Pahang pada hujung musim lalu.
Terkini, sebuah kelab yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke Thai League 1 iaitu Kanchanaburi Power pula dikatakan akan menjadi destinasi baharu buat pemain naturalisasi Malaysia tersebut.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Presiden Kanchanaburi Power, Prawat Kithammakunnit menerusi satu kenyataan di laman Facebook yang mengatakan Sergio Aguero akan tiba di Thailand tidak lama lagi.
”Sergio Aguero akan datang pada 2 Julai,” tulis Prawat Kithammakunnit di laman Facebook pada Selasa.
Malah di ruangan komen, beliau sempat membalas soalan dari peminat dengan mengatakan segala rundingan asas telah pun selesai dan waktu telah pun dimuktamadkan.
”Segalanya telah selesai dari segi syarat asas. Masih ada butiran kecil, tetapi waktu telah pun ditetapkan,” balas beliau.