Sergio Aguero ‘Cabar’ Posisi Penjaga Gol Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero mempamerkan kebolehan untuk mencabar posisi penjaga gol Sri Pahang.

Bintang kelahiran Argentina itu menjadi aset penting buat skuad Tok Gajah sejak tahun 2020/2021.

Ad

Pemain berusia 30 tahun itu berjaya mencipta kebangkitan bersama pasukan sehingga berjaya menamatkan kedudukan di tangga ke-5.

Ad

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sri Pahang, kelibat Aguero dikesan beraksi sebagai penjaga gol dalam sesi latihan.

Perkara ini menarik perhatian netizen yang berteka-teki tentang peranan yang bakal dimainkan oleh bekas pemain Penang FC ini bagi musim baharu.

Ad

Aguero dalam satu komen pada hantaran tersebut memberitahu bahawa beliau beraksi lebih baik berbanding penjaga gol pasukan, Zarif Irfan.

Ad

“Lebih baik berbanding kamu, Zarif Irfan,” ujar Aguero secara berseloroh.

Ad

Pemain ini memiliki pengalaman yang cukup luas apabila beraksi bersama beberapa kelab sejak kali pertama tiba di Malaysia seperti Melaka United, Sarawak United, Penang, KL Rovers dan juga Sri Pahang.

Sri Pahang akan memulakan perjuangan di Liga Super menentang Kelantan Darul Naim jam 8:15 malam di Stadium Temerloh.