“Sertai Buriram United? Idea Yang Bagus”
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Tonggak utama KL City menjawab idea yang dilontarkan untuk menyertai kelab gergasi Thailand, Buriram United.

Kapten The City Boys, Paulo Josue menyatakan hasrat untuk kekal komited bersama pasukan Lembah Klang itu.

Ad

Beliau kini sudah melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan pasukan untuk menyelesaikan tunggakan gajinya.

Ad

“Sudah tentu saya mahu gaji saya tepat pada masanya namun jika kelab memiliki kekangan, mereka boleh pecahkan bayaran kepada beberapa bahagian,” jelasnya.

“Saya cuma risaukan pemain lain dengan isu gaji ini dan berpindah ke kelab lain dengan keadaan semasa,” jelasnya selepas perlawanan di Cheras.

Ad

Beliau memberikan reaksi spontan ketika ditanya mengenai hasrat ke Liga Thailand sekiranya mendapat tawaran dari sana.

Ad

“Ke Liga Thailand, Buriram? Ya Buriram United sangat bagus,” ujar Paulo Josue secara berseloroh.

Ad

“Tidak, saya sangat gembira berada di sini.

Paulo Josue menyatakan bahawa beliau bersuara susulan terdapat beberapa pihak dalam pasukan yang masih tidak menerima gaji.

“Saya bersuara kerana kami ada ramai pemain dan juga kakitangan seperti kitman dan juga fisioterapi tidak menerima gaji sekitar RM3000-4000 tidak menerima gaji sejak Januari.

“Saya bercakap kerana mereka tidak menerima gaji, saya cuba bersuara kerana mereka memberitahu agak terkesan dengan situasi ini. Kami (pemain) cuba membantu dan pengurusan juga untuk mereka.

“Saya rasa ia berkesan kerana saya lihat banyak berita keluar dan kita boleh tekan penaja untuk membayar duit kepada pasukan,” jelasnya.