Shahrom Kalam Temui Pengganti Masa Depan Corbin-Ong
Harimau Malaya
FA Malaysia/MakanBola
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam melihat sosok masa depan pertahanan kiri masa depan negara bagi menggantikan posisi La’Vere Corbin-Ong.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan JDT dan Harimau Malaya tatkala posisinya sukar dicabar oleh mana-mana pemain ketika ini.

Persembahan Malaysia di Piala Asia B-23 tahun ini telah membuka mata bekas pemain Selangor itu terhadap seorang pemain muda yang memiliki bakat yang luar biasa.

Advertisements

Menerusi perkongsian Shahrom Kalam, beliau jelas tertarik dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh pertahanan muda JDT, Umar Hakeem bersama skuad muda negara.

Katanya, pemain berusia 21 tahun itu memiliki potensi yang besar selain pakej lengkapnya bakal menjadi aset buat Harimau Malaya.

“Apa-apapun aku suka dengan Umar Hakeem. Potensi pertahanan kiri masa depan negara.”

Advertisements

“Bagus ketika menyerang dan bertahan. Agresif dalam pertarungan satu lawan satu,” jelas Shahrom dalam satu kenyataan di laman X.

Penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman turut berkongsi pandangan peribadi beliau tentang tahap yang tinggi di JDT yang menyebabkan posisi Corbin-Ong sukar dicabar.

“Malangnya ‘benchmark’ di JDT sangat tinggi. Semenjak 2018 masih tiada yg mampu bersaing & rebut posisi Corbin-Ong sampai kelab kena rekrut pemain import.”

Advertisements

“Realitinya, walaupun Corbin-Ong dianggap bek kiri terbaik negara namun titik lemah JDT terutamanya di saingan Asia semuanya datang dari zon pertahanan kiri,” jelas Juan Budiman dalam satu kenyataan.

Malaysia B-23 bagaimanapun tidak mempamerkan persembahan terbaik apabila tunduk ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan di Qatar.

Umar Hakeem beraksi dalam dua aksi menentang Vietnam dan Kuwait dalam kesebelasan utama menggantikan Safwan Mazlan yang mengalami kecederaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram