Shanghai Port Pilih Jurulatih Kelab Jepun Berbanding Kim Pan-gon
MakanBola
Yokohamafmarinos/AzriMakanBola

Juara Chinese Super League (CSL), Shanghai Port mengumumkan pelantikan jurulatih baharu kelahiran Australia, Kevin Muscat sekaligus memastikan Kim Pan-gon terlepas daripada radar kelab tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah khabar angin selepas media China melaporkan bahawa kelab tersebut sedang mencari pengganti susulan pemergian Javier Pereira yang tidak lagi bersama pasukan.

Terdapat beberapa nama yang berada dalam radar kelab tersebut termasuklah jurulatih kelahiran Korea Selatan itu yang sedang menikmati detik cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Malaysia ketika ini berjaya melonjak ke tangga 130 dunia selain merekodkan dua kemenangan dalam pentas Kelayakan Piala Dunia 2026.

Menerusi satu hantaran oleh Shanghai Port, pasukan telah membuat keputusan untuk melantik jurulatih kelahiran Australia itu berbanding Kim Pan-gon.

Bekas pengendali Yokohama F. Marinos itu memilih untuk membawa haluan baharu selepas hampir tiga musim di Jepun selain membantu pasukan untuk muncul naib juara J League 1.

Pengendali berusia 50 tahun itu juga memiliki pengalaman luas dan pernah membimbing kelab Australia, Melbourne FC.

Shanghai Port sudah pasti mahu mencari sentuhan baru setelah gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Muscat juga pernah menjadi pembantu jurulatih kepada bekas ketua jurulatih Selangor dan Perak, Mehmet Durakovic dan juga jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou.