Shanghai Shenhua kembali menemui rentak kemenangan apabila menewaskan Qingdao Hainiu dengan keputusan 1-0.
Pasukan bimbingan Leonid Slutskiy menurunkan kesebelasan terbaik dengan beberapa nama seperti Fernandinho, Andre Luis dan juga Joao Texeira berada dalam kesebelasan utama.
Gol awal diperoleh menerusi ledakan Andre Luis pada minit ke-3 menyuntik moral pasukan untuk mengemudi perlawanan dengan baik.
Shenhua yang turut selaku pasukan pelawat mengatur gerak dengan begitu baik dan melancarkan beberapa percubaan berbahaya.
Aksi 45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 1-0 buat Shanghai Shenhua mendahului.
Bersambung babak kedua, Shanghai Shenhua terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wang Haijian dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras pada awal babak pertama.
Beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan untuk mencari jaringan namun kekal buntu.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Shanghai Shenhua kini berada di tangga teratas Chinese Super League (CSL) dengan 70 mata sementara Shanghai Port di tangga kedua dengan 69 mata selain memiliki baki satu aksi dalam tangan.
JDT bakal menjadi lawan berikutnya buat kelab China itu pada satu aksi di Stadium Sultan Ibrahim, 1 Oktober kelak.