Ads
Statistik Shanghai Shenhua Menggerunkan
ACL
SPFC/JST

Statistik kelab China, Shanghai Shenhua menggerunkan beberapa hari sebelum aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Skuad kendalian Leonid Slutskiy tewas tipis dengan keputusan 3-2 menentang kelab senegara iaitu Shanghai Port.

Advertisements

Shanghai Port sebelum ini telah pun diikat oleh Harimau Selatan dengan keputusan 2-2 bagi aksi pembukaan ACLE 2024/25 di Fudong.

Advertisements
Advertisements

Statistik aksi Shanghai Shenhua dilihat amat memberangsangkan dan memberikan cabaran hebat kepada pendahulu liga yang dikendalikan oleh Kevin Kuscat.

Shenhua melakukan 19 percubaan secara keseluruhan dengan 7 daripadanya tepat ke sasaran selain menguasai 44 peratus penguasaan bola pada perlawanan di tempat lawan itu.

Advertisements

Pasukan itu juga mencatatkan 327 (71% tepat ke sasaran hantaran berbanding Shanghai Port (393) dengan 77 peratus tepat kepada rakan.

Shanghai Shenhua juga berjaya melakukan 11 percubaan dari dalam kawasan penalti dengan jangakaan jaringan pasukan adalah 2.19 berbanding Port (2.72).

Sepanjang 90 minit permainan, Shanghai Shenhua berjaya menyempurnakan 30 hantaran ke bahagian serangan dengan sempurna selain 36 hantaran jauh (58%) digunakan untuk melancarkan serangan.

Mereka juga cukup dominan pada bahagian pertahanan apabila 18 pintasan dilakukan oleh pertahanan dan 21 bola dikeluarkan daripada kawasan penalti.

Penjaga gol Shanghai Shenhua, Bao Yaxiong antara pemain paling menyerlah apabila menyelamatkan 7 percubaan tepat pemain lawan pada aksi tersebut.

Aksi JDT dan Shanghai Shenhua akan berlangsung pada 1 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Advertisements

Cabaran hebat buat anak buah Hector Bidoglio tatkala Shenhua turut menewaskan Pohang Steelers pada aksi pembukaan dengan keputusan 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram