Shin Tae-yong Buru 4 Lagi Pemain Belanda, Tekanan Buat Pemain Tempatan
MakanBola
PSSI
Sponsors

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang giat memburu empat lagi pemain warisan Indonesia kelahiran Belanda untuk memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong untuk aksi antarabangsa seterusnya.

Empat pemain tersebut adalah pemain sayap Fortune Sittard, Ragnar Oratmangoen, pemain pertahanan kiri Heerenven, Nathan Tjoe-A-On, pemain tengah Heerenven, Thom Haye dan penjaga gol FC Dallas, Maarten Paes.

Ad

Keempat-empat pemain ini merupakan pemegang kerakyatan Belanda dan berpeluang mendapatkan kerakyatan Indonesia kerana mempunyai hubungan warisan Indonesia melalui kelurga masing-masing.

Ad

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asean Footbal dalam satu hantaran di laman X.

Jika kesemua segala proses berjaya diselesaikan, sudah pasti pemain-pemain tempatan Indonesia akan merasai tekanan untuk merebut tempat ke skuad kebangsaan Indonesia selepas ini.

Ad

Sebelum ini, ramai peminat bola sepak Indonesia berang apabila melihat seorang pemain tempatan iaitu Saddil Ramdani disisihkan ke Piala Asia 2023 Qatar dengan pemain-pemain warisan diberikan peluang untuk beraksi.

Ad

Namun begitu, kemaraan Indonesia sehingga ke pusingan 16 terakhir Piala Asia tempoh hari membuktikan bahawa keputusan yang dibuat Shin Tae-yong adalah sesuatu yang berasas.