Shin Tae-yong: Era Emas Vietnam Bakal Berakhir
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong merasakan era emas pasukan Asia Tenggara, Vietnam bakal berakhir.

Ini kerana meskipun Pahlawan Bintang Emas masih lagi antara pasukan terkuat di rantau itu, ini tidak dicerminkan menerusi beberapa keputusan perlawanan lalu.

Ini termasuk dua kekalahan yang dialami Vietnam di tangan Tim Garuda dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 21 dan 26 Mac lalu.

Advertisements

“Generasi emas Vietnam bakal berakhir walaupun mereka masih lagi satu pasukan yang kuat. Sebaliknya, generasi emas bola sepak Indonesia perlahan-lahan terbentuk dan mara ke hadapan,” katanya seperti yang dipetik VNExpress.

Generasi emas Vietnam terdiri daripada kumpulan pemain bawah 23 tahun (B-23) yang muncul naib juara Piala Asia B-23 2018 dan dua pingat emas Sukan SEA edisi 2019 dan 2021.

Sentuhan pengendali Korea Selatan, Park Hang-seo pada ketika itu menyaksikan Vietnam turut mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, suku akhir Piala Asia 2019 dan juara Piala AFF 2018.

Advertisements

Selepas tewas kepada Indonesia pada 26 Mac lalu, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memecat jurulatih Perancis, Philippe Troussier.

Pengganti Troussier sama ada berstatus tetap atau jurulatih interim dijangka membimbing Vietnam untuk baki dua aksi kelayakan menentang Filipina pada 6 Jun dan Iraq pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram