Shin Tae-yong & Park Hang-seo Kini Naib Presiden FA Korea
MakanBola
PSSI/VFF
Sponsors

Shin Tae-yong dan Park Hang-seo kembali mewarnai arena bola sepak Korea Selatan.

Sports Chosun melaporkan Tae-yong dan Hang-seo kini menggalas peranan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).

Ad

Pelantikan dua figura hebat yang pernah mewarnai arena bola sepak ASEAN itu dibuat Presiden KFA, Chung Mong-gyu.

Ad

Hang-seo, 67, bakal mengetuai bahagian sokongan skuad kebangsaan. Tae-yong, 54, pula akan mengetuai bahagian kerjasama luar.

Berita ini menamatkan desas-desus tentang peranan yang akan digalas Tae-yong selepas dipecat Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Disember lalu.

Ad

Selepas bergelar ejen bebas, beliau dikaitkan dengan beberapa kelab dan skuad kebangsaan. Walau bagaimanapun, Tae-yong menolak semua tawaran itu atas alasan mahu berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Ad

Beliau membantu Indonesia layak secara merit ke Piala Asia 2023 dan Piala Asia 2027. Tae-yong turut membantu Tim Garuda mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan tempat keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024.

Ad

Hang-seo pula cukup dikenali kerana membantu Vietnam muncul juara ASEAN Championship 2018 dan mara ke suku akhir Piala Asia 2019.

Selepas meninggalkan Vietnam pada 2023, beliau dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Thailand dan India. Hang-seo kini penasihat kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh FC.

Hang-seo dan Tae-yong bukan satu-satunya figura hebat yang dilantik sebagai Naib Presiden KFA.

Mong-gyu turut mengumumkan pelantikan Presiden Gangwon FC, Kim Byung-ji, Lee Yong-soo dan Presiden Persatuan Bola Sepak Jeonnam, Shin Jung-sik sebagai Naib Presiden KFA.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments