Shin Tae-yong Tak Pandai Guna Jordi Amat?
Asia Tenggara
JST/Timnas Indonesia
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dikatakan tidak tahu untuk menggunakan pemain pertahanan pasukan, Jordi Amat sejak beliau bersama pasukan.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu setelah berjaya didaftarkan sebagai pemain warisan Sang Garuda akhir tahun lalu.

Bekas pertahanan Swansea City itu diturunkan kali pertama pada aksi berdepan Kemboja di Piala AFF 2022 dan terus menjadi sandaran pasukan termasuklah di Piala Asia kali ini.

Advertisements

Jordi Amat juga yang merupakan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dibawa masuk oleh jaguh Malaysia itu pada 29 Jun 2022 telah memberikan impak yang cukup besar buat pasukan.

Setelah beraksi hampir satu setengah musim bersama JDT, beliau menjadi tunjang utama pada bahagian pertahanan pasukan terutamanya bagi musim ini.

Jordi telah beraksi hampir 1980 minit di Liga Super 2023 dan merekodkan 3 bantuan jaringan.

Advertisements

Namun begitu, rekod beliau bersama Timnas Indonesia tidak begitu baik selepas pasukan ke-146 dunia itu bolos 26 gol dalam 15 perlawanan terakhir sejak akhir tahun 2022.

Setakat ini, bekas pemain b-21 tahun Sepanyol ini sudah beraksi dalam 11 perlawanan bersama Timnas Indonesia dan menjaringkan satu gol.

Prestasi Amat bagaimanapun mengundang tanda tanya netizen Indonesia selepas beberapa kali melakukan kesilapan besar di pentas tertinggi.

Advertisements

Gol sendiri menentang Iraq menjadi antara detik terburuk buatnya selain tiga kesilapan hantaran (satu vs Filipina) (dua vs Libya) sedikit sebanyak merencatkan perjalanan Indonesia ke Qatar.

Jordi antara watak penting yang bakal menjari sandaran utama bersama-sama Sandy Walsh, Justin Hubner dan lain-lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram