Buriram United menghampakan wakil Malaysia, KL City untuk mara ke separuh akhir Shopee Cup 2024/2025 pada Khamis.
Pasukan KL City hadir ke Thailand kini dengan misi mencipta kejutan dengan menewaskan Buriram United untuk mara ke separuh akhir tatkala juara Thai League 1 itu hanya perlukan satu mata.
Walau bagaimanapun, misi tampak sukar untuk KL City yang turun tanpa pemain utama seperti Paulo Josue dan Brendan Gan sementara kapten Malaysia, Dion Cools diturunkan oleh Buriram United.
Aksi jelas didominasi oleh pasukan tuan rumah yang tampak selesa memegang bola serta menguasai permainan tatkala KL City lebih cenderung melakukan serang balas pantas.
Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai apabila tonggak Buriram United, Lucas Crispim menyambar lorongan oleh Theerathon Bunamthon dari sebelah kiri pada minit ke-37 permainan.
Separuh masa pertama tamat, Buriram United 0-0 KL City.
Skrip sama seakan berulang dengan Buriram United begitu gemar memegang bola serta melakukan hantaran silang di dalam kawasan penalti KL City sebelum dinafikan pelawat.
Ketangkasan penjaga gol KL City, Hafizul Hakim wajar diberi pujian apabila beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang The City Boys sekaligus menghampakan penyerang Buriram.
Aksi di Buriram Stadium berakhir dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.
Keputusan ini meletakkan Buriram mara ke pusingan separuh akhir, mengiringi juara kumpulan iaitu CAHN yang mengatasi Borneo FC dalam satu lagi perlawanan di Hanoi, Vietnam.