Advertising
Amaran Keras Pemilik Buriram United Kepada KL City
MakanBola
Buriram United

Pemilik Buriram United, Newin Chidchob mengingatkan lawan mereka, KL City FC bahawa pasukan itu akan memberi tentangan sengit untuk mendapatkan kemenangan dalam Shopee Cup.

Kedua-dua pasukan memburu kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan B kejohanan itu. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir.

Ad

Slot naib juara Kumpulan B kini menjadi rebutan The City Boys dan Thunder Castle. Ini selepas Cong An Ha Noi (CAHN) terlebih dahulu layak ke separuh akhir selepas menewaskan KL City dalam aksi keempat kumpulan.

Ad

Justeru, Newin memaklumkan Buriram bakal berjuang bermati-matian agar dapat mengikut jejak satu lagi kelab Thailand, BG Pathum United.

“KL City datang ke sini untuk mendapatkan tiga mata dan mereka akan berikan segalanya untuk menewaskan kita.

Ad

“Tetapi di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong Buriram United, kita akan berjuang bermati-matian. Kita akan lawan dengan setiap nafas,” katanya.

Ad

Selain slot separuh akhir Shopee Cup, Buriram juga mahu bangkit selepas tewas 1-0 di tangan Port FC baru-baru ini.

Ad

KL City dan Thunder Castle bakal berentap di Chang Arena pada 6 Februari. Pasukan pelawat perlu berjuang tanpa beberapa pemain termasuk kapten, Paulo Josue yang menjalani penggantungan perlawanan.