Shopee Cup: CAHN Melangkah Ke Final, Singkirkan PSM Makassar
MakanBola
PSM Makassar
Sponsors

Cong An Ha Noi FC (CAHN) bangkit menewaskan PSM Makassar untuk menempah tiket final Shopee Cup.

CAHN perlu bangkit selepas tewas 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama pada 2 April lalu. Juku Eja pula hanya perlu mempertahankan kelebihan 1-0 untuk meraih tiket final.

Ad

Alan menjadi sandaran gol pengendali CAHN, Mano Polking. Penyerang Slovenia, Nermin Haljeta mengetuai jentera serangan PSM Makassar.

Separuh masa pertama menyaksikan CAHN berusaha mencari kelebihan gol awal menerusi Alan, Nguyen Quang Hai dan Phan Van Duc.

Ad

Tonggak kacukan Vietnam, Jason Pendant Quang Vinh hampir meletakkan kelab Vietnam itu di hadapan seawal minit keempat. Malangnya, percubaannya dinafikan penjaga gol Juku Eja, Reza Arya Pratama.

Ad

Quang Hai hampir memecah kebuntuan menerusi rembatan deras pada minit ke-18. Percubaan beliau ditumbuk keluar Reza sebelum menafikan percubaan susulan CAHN.

Ad

CAHN terus berusaha mencari gol pendahuluan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, CAHN menggandakan asakan demi mendapatkan gol di Stadium Hang Day.

Penyokong tuan rumah akhirnya ceria apabila Hugo Gomes menyumbat gol pertama pada minit ke-48. Ini menjadikan kedudukan 1-1 dari segi agregat.

Gol tersebut memberi suntikan semangat buat anak buah Polking memburu gol kedua perlawanan. Hasilnya, Bui Hoang Viet Anh menceriakan kem CAHN dengan gol pada minit ke-60.

Penjaga gol CAHN, Filip Nguyen bertindak cemerlang menafikan percubaan pemain gantian Juku Eja, Abdul Rahman 10 minit selepas itu.

PSM berusaha mencari gol dalam aksi ini tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Itu sudah cukup buat CAHN mara ke final dengan keputusan agregat 2-1.

Kelab Vietnam itu bakal menanti pemenang aksi antara Buriram United dan BG Pathum United sebagai lawan mereka di pentas final. Kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi timbal balik pada 7 Mei.

Kelebihan dilihat memihak kepada Thunder Castle kerana mereka bukan saja mendahului 3-1 secara agregat. Malah, anak buah Osmar Loss Vieira segar daripada kejayaan bergelar juara liga buat kali ke-11.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments