Shopee Cup: PSM Makassar Bawa Bekalan Tipis, Tundukkan CAHN
MakanBola
PSM Makassar
Sponsors

PSM Makassar mencipta kejutan dengan menewaskan Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup.

Kedua-dua pasukan memburu kemenangan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora B.J. Habibie sebagai tonik dalam aksi timbal balik.

Ad

Nermin Haljeta mengetuai jentera serangan Juku Eja. Pengendali CAHN, Mano Polking memilih Alan Grafite sebagai sandaran gol pasukan Vietnam itu.

Penyokong PSM Makassar menyangka pasukan itu bakal ketinggalan pada minit ke-14. Ini selepas pengadil Jepun, Ryo Tanimoto mengesan kekasaran yang dilakukan Yuran Fernandes ke atas Nguyen Quang Hai dalam kotak penalti.

Ad

Grafite diberi peluang untuk mengambil sepakan penalti. Bekas penyerang Quy Nhon Binh Dinh itu bernasib malang apabila penaltinya dinafikan Reza Arya Pratama.

Ad

Penyerang Vietnam, Le Van Do berusaha memecah kebuntuan pada minit ke-33. Malangnya, percubaan beliau pantas disekat Reza Arya.

Ad

PSM hampir meraih gol pendahuluan pada minit akhir babak pertama menerusi Rizky Eka Pratama. Filip Nguyen memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Bersambung pada separuh masa kedua, PSM membuat tiga pertukaran pemain. Ini termasuk Hilman Syah yang masuk menggantikan Rizky Arya yang mengalami kecederaan.

Kemasukan Ricky Pratama dan Abdul Rahman menambah ketajaman jentera serangan Juku Eja. Malangnya, serangan mereka gagal menguji kecekapan Nguyen.

Penyokong tuan rumah akhirnya ceria apabila Fernandes menanduk hantaran Victor Luiz pada minit ke-80.

CAHN menyangka mereka hampir dibolosi lima minit selepas itu menerusi Abdul Rahman. Pemain berusia 22 tahun itu hampa apabila gagal menyudahkan hantaran Ricky.

CAHN berusaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini membolehkan Juku Eja membawa bekalan satu gol untuk aksi timbal balik pada 30 April.

Selepas ini, PSM akan menentang Semen Padang pada 10 April. CAHN pula akan menentang Da Nang pada 7 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments