Shopee Cup: KL City Terima Nasihat Bojan Hodak Hadapi Borneo
MakanBola
KLCFC/BFCS
Sponsors

KL City FC optimis untuk melakar keputusan positif berdepan jaguh Indonesia Borneo FC Samarinda hasil nasihat bekas pengendali, Bojan Hodak.

Skuad kendalian Miroslav Kuljanac menghuni tangga ke-11 selepas hanya 4 kemenangan daripada 10 aksi Liga Super yang telah diharungi.

Ad

Wakil Indonesia itu pula berada dalam momentum terbaik apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan peringkat domestik musim ini.

Ad

Pengendali kelahiran Croatia itu mengakui persiapan pasukannya berjalan lancar namun waspada dengan cabaran yang diberikan wakil Indonesia itu.

“Ya kami sudah menerima kembali beberapa pemain yang tersisih seperti Paulo, Haqimi dan juga Patrick Reichelt. Kami berharap dapat menurunkan pemain terbaik esok.

Ad

“Ya, kami (saya dan Bojan) ada berbual mengenai Borneo Samarinda. Mereka pasukan yang amat baik dalam saingan Liga Indonesia,” jelasnya ketika sesi sidang media pra-perlawanan hari ini.

Ad

Kuljanac juga yakin bahawa pasukannya sudah meneliti kekuatan lawan namun berharap agar pasukannya dapat memberikan yang terbaik.

Ad

“Namun begitu, mereka tidak menukar kesebelasan utama sejak beberapa perlawanan. Mereka (Borneo) hanya fokus kepada perancangan mereka dan mempamerkan corak permainan menyerang,” tambahnya.

Aksi pembukaan Asean Shopee Cup menyaksikan KL City menundukkan jaguh Filipina, Kaya FC Iloilo dengan keputusan 1-0 sementara Borneo mengejutkan jaguh Singapura, Lion City Sailors menerusi kemenangan 3-0 di laman sendiri.

Perlawanan kedua antara KL City dan juga Borneo FC Samarinda akan berlangsung di Stadium Cheras pada 25 September jam 9 malam.