Advertising
Shopee Cup: Miroslav Kuljanac Kesan Masalah Utama KL City
MakanBola
KL City FC

Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Miroslav Kuljanac berpuas hati dengan prestasi pasukannya.

Jurulatih kelahiran Croatia itu lega apabila anak buahnya berjaya meraih 3 mata namun masalah jentera serangan telah menyebabkan pasukannya tidak menambah lebih banyak gol.

Ad

The City Boys memperagakan aksi baik bagi perlawanan pembukaan apabila menundukkan wakil Filipina, Kaya FC-Iloilo.

Ad

“Beberapa pemain akan beraksi buat pasukan kebangsaan dan kita akan menilai semula dan melakukan perancangan selepas pemain pulang.

“Kami berdepan satu masalah iaitu hantaran terakhir pasukan. Untuk bahagian pertahanan, kita boleh memperbaikinya tetapi dari segi serangan agak sukar,” jelasnya selepas perlawanan antara KL City dan Kaya FC.

Ad

Kuljanac juga yakin babak pertama KL City lebih baik berbanding babak kedua namun berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemainnya.

Ad

KL City akan bertemu dengan Borneo Samarinda bagi aksi kedua Kumpulan B pada 26 September 2024 di laman sendiri.

Ad