Advertising
Shopee Cup: KL City Langkah Kanan, Atasi Kaya Iloilo
MakanBola
KL City FC

KL City membuka saingan Shopee Cup 2024/2025 dengan kemenangan bergaya ke atas wakil Filipina, Kaya Iloilo.

Turun selaku naib juara Piala FA musim lalu, KL City bakal diuji kekuatan Kaya Iloilo yang merupakan juara Philipines Football League dengan rekod tanpa kalah dalam 14 aksi liga.

Gandingan Brendan Gan-Ryan Lambert menjadi taruhan KL City di jentera tengah sementara kesebelasan utama Kaya diketuai oleh tonggak utama Filipina, Audie Menzi.

Ad

Penyerang muda KL City, Haqimi Azim meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-12 setelah menyambar hantaran lintang Paulo Josue dari sebelah kiri.

KL City semakin selesa di hadapan hasil penyudah Jovan Motika pada minit ke-42 namun jaringan pemain import itu dibatalkan oleh pengadil akibat ofsaid.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, KL City 1-0 Kaya FC Iloilo.

Ad

Kembali dari rehat, usaha berterusan dilancarkan The City Boys bagi memburu gol tambahan namun aksi tangkas penjaga gol Kaya, Patrick Deyto mengecewakan peminat.

Jaringan Sean Giannelli di penghujung permainan turut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana kedudukan ofsaid menyebabkan tiada perubahan pada skor.

Perlawanan di Stadium Bola Sepak Cheras berakhir dengan keputusan 1-0 memihak KL City.

Aksi Shopee Cup seterusnya menyaksikan KL City bakal menerima kunjungan Borneo FC Samarinda dari Indonesia manakala Kaya Iloilo akan bertandang ke laman Buriram United.