Shopee Cup: Terengganu Lega, KL City Hadap Sengsara Buriram & Lion City
MakanBola
Edited By FZ
Sponsors

Undian Shopee Cup 2024 menyaksikan Terengganu dan KL City FC menghadapi laluan berliku apabila diundi berdepan lawan yang bukan calang-calang.

Majlis undian yang berlangsung di Ho Chi Minh City itu menyaksikan kejohanan berprestij Asia Tenggara ini dihangatkan oleh beberapa pasukan gergasi rantau ini.

Ad

Thailand diwakili oleh dua kelab besar iaitu Buriram United dan juga BG Pathum United susulan menjadi juara Thai League 1 dan Thai League Cup musim 2022/23.

Ad

Cabaran Malaysia digalas naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC dan naib juara Piala FA 2023, KL City FC. Manakala PSM Makassar dan Borneo FC pula membawa cabaran daripada Indonesia.

Vietnam pula menghantar juara V. League 1 musim 2023, Cong An Ha Noi (CAHN) dan juara Vietnamese Cup 2023, Thanh Hoa.

Ad

Singapura dan Filipina masing-masing menghantar Lion City Sailors dan Kaya FC – Iloilo sebagai wakil dalam Shopee Cup.

Ad

10 pasukan ini akan disertai dua pasukan yang akan ditentukan melalui perlawanan play-off. Empat pasukan yang merebut slot ini ialah Kasuka (Brunei Darussalam), Shan United (Myanmar), Master 7 (Laos) dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).

Ad

Berdasarkan undian yang telah dilakukan, Terengganu berada dalam Kumpulan A dan bakal disertai oleh PSM Makassar, BG Pathum United, Dong A Tanh Hoa bersama pemenang play-off 1 dan 2.

Kumpulan B pula menyaksikan naib juara Piala AFC 2022, KL bakal menghadapi tentangan hebat jaguh Thailand, Buriram United dengan kelab Indonesia, Berneo Samarinda, Kaya FC-IloIlo dan juga wakil Vietnam, Cong An Ha Noi.

Young Elephants bakap bertemu Svay Rieng manakala Kasuka akan melayan kunjungan Shan United Fc bagi aksi play-off.

12 kelab yang layak akan diundi dalam kumpulan menerusi undian rasmi kumpulan. Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan pasukan pertama dan kedua setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Format separuh akhir dan final kejohanan bakal menggunakan format home dan away.