Penolong Jurulatih Malaysia B-23, Shukor Adan menyebutkan dua nama pemain masa depan Malaysia.
Perkara ini dikongsikan oleh jurulatih tersebut kepada hos Nindia Bola, Hafizal Hamad baru-baru ini.
Malaysia B-19 berjaya mencipta persembahan gemilang di Indonesia dalam aksi Kejuaraan Asean B-19 apabila menundukkan Brunei 11-0 dan juga Singapura 5-0.
Ujian terakhir yang bakal ditempuhi oleh anak didik Juan Torres adalah menentang Thailand B-19 yang turut merakamkan dua kemenangan setakat ini.
Menurut Hafizal, dua nama pemain telah disebut oleh Shukor Adan yang memiliki kualiti dan juga potensi yang amat baik.
“Penyerang, G. Pavithran dan juga pertahanan, Moses Raj. Berikan tumpuan kepada dua pemain ini kerana saya berbincang dengan penolong jurulatih (Shukor Adan).
“Belia memberitahu bahawa antara pemain yang memiliki masa depan yang baik ialah dua pemain ni,” katanya kepada Nindia Bola.
Zaquan Adha bagaimanapun mahu melihat lebih ramai pemain muda dapat mengekalkan prestasi baik pada awal karier dan membawanya sehingga ke peringkat senior.
Malaysia akan berdepan Thailand B-19 bagi aksi terakhir kumpulan selepas secara rasminya mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 di Indonesia.