“Siapa Kata Nafuzi Tiada Dalam Perancangan?” – CEO Terengganu
Dunia
Football Club Terengganu
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh tampil menafikan dakwaan yang berlegar mengenai status yang melibatkan ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain.

Beliau juga maklum tentang pelbagai berita yang timbul sejak kebelakangan ini dan merasakan ia hanyalah spekulasi dalam kancah bola sepak tempatan.

Menerusi satu kenyataan olehnya, beliau mahu pasukan Terengganu kini memberi fokus kepada aksi yang sedang berlangsung terutamanya persiapan menjelang final Piala FA September nanti.

Advertisements

Ketika mengulas mengenai khabar yang melibatkan Nafuzi Zain, Ab Jusoh menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di media sosial.

Beliau juga bertegas untuk menafikan berita bahawa jurulatih kelahiran Kelantan itu bakal angkat kaki.

“Siapa kata (Nafuzi) tiada dalam perancangan? Janganlah buat spekulasi terlebih dahulu.”

Advertisements

“Kami memohon agar penyokong mahupun media memberi peluang untuk fokus kepada baki perlawanan ketika ini,” jelasnya kepada Shoot.

Ab Jusoh mahu pasukannya memberikan yang terbaik menjelang aksi final nanti kerana menyedari bahawa ia bukanlah tugas yang mudah untuk mara sejauh ini.

“Perkara paling penting buat Terengganu adalah final Piala FA bulan depan.”

Advertisements

“Semua orang tahu bukan mudah dan sudah lama kami nantikan untuk layak ke final.”

Terengganu bakal berdepan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha untuk meraih piala pertama buat pasukan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram