Aksi pembukaan AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan pertembungan antara Muangthong United dan juga Selangor.
Jurulatih Muangthong United, Leno Latteri telah mengenal pasti 3 watak penting Gergasi Merah yang perlu dikawal rapi oleh anak buahnya.
“Bagi pesaing seperti Selangor, saya secara peribadi tidak fokus kepada pemain lawan secara individu. Tapi saya tahu bahawa beliau (jurulatih Selangor, Nidzam Jamil) memiliki tiga pemain yang merbahaya dan berkualiti tinggi yang tidak boleh dipandang remeh.
“Tapi kita juga mahu para pemain kita agar bermain secara taktikal bagi mendapatkan keputusan dalam pertandingan yang kita harapkan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil optimis motivasi para pemainnya berada pada momentum terbaik berdepan jaguh Thailand itu.
“Persiapan dari segi moral pasukan amat bagus. Hanya dua pemain cedera dan yang lain berada dengan pasukan di Thailand.
“Sejak 10 tahu kebelakangan ini, Muangthong merupakan sebuah pasukan yang baik. Saya melihat mereka antara pasukan gergasi di Thailand. Sejak kebelakangan ini mereka mengalami aksi yang buruk, tetapi tahniah buat Muangthong kerana kembali beraksi di Asia,” ujar Nidzam Jamil.
Kesebelasan Utama Muangthong United vs Selangor
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Muangthong United vs Selangor
Tarikh: 19 September 2024 (Khamis)
Masa: 6 Petang
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.