Siaran Langsung ACL2: Selangor vs DH Cebu (Live Streaming)
MakanBola
Wan Adam
Sponsors

Aksi AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan pertemuan antara Selangor vs DH Cebu.

Pengendali Dynamic Herb Cebu, Mustafa Ati Goksu percaya pasukannya tidak gentar bila berhadapan dengan Selangor FC.

Ad

“Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, pasukan sudah melakukan persiapan yang baik. Kita bersedia untuk perlawanan ini, kita tahu siapa lawan yang bakal dihadapi.

Ad

“Ya, ia bukan satu perlawanan yang mudah. Tapi itu sesuatu yang kita perlu lakukan jika ingin melepasi peringkat kumpulan. Dan sekali lagi, kita perlu cuba menang untuk mendapatkannya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Selangor-DH Cebu.

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memberitahu bahawa kesemua pemain bersedia untuk bertemu DH Cebu kecuali dua tonggak tengah The Red Giants, Mukhairi Ajmal dan Alex Agyarkwa yang masih cedera.

Ad

”Bagi perlawanan esok, yang pasti akan terkeluar dari senarai adalah Mukhairi Ajmal dan Alex Agyarkwa. Pemain lain dalam keadaan baik, dan kita mempunyai pasukan yang penuh,” katanya.

Ad

Kesebelasan Utama Selangor vs DH Cebu

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Selangor vs DH Cebu

Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.