Advertisement
Siaran Langsung AFC Cup: Bali United vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran
Live
MakanBola

Perlawanan kedua Kumpulan G antara pasukan Bali United dan wakil Malaysia, Terengganu terus mencuri tumpuan ramai.

Kedua-dua pasukan turun dalam momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan pertama pasa aksi pembukaan Piala AFC masing masinga berdepan Stallions dan Central Coast Mariners.

Terengganu memiliki motivasi tambahan selepas Bali United dikenakan denda oleh AFC tatkala jumlah kehadiran ke stadium jatuh merudum.

Tamabahan pula, barisan kejurulatihan dan kapten pasukan, Habib Haroon optimis dengan kemampuan rakan sepasukan untuk melakar kemenangan di tempat lawan.

Bercakap kepada wartawan MakanBola Malaysia, Azri Haziq, kapten Terengganu FC, Habib Haroon tetap optimis rakan sepasukan mampu memberikan kerjasama terbaik.

“Setiap pemain kami sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan. Jurulatih juga mempunyai perancangan tersendiri untuk menurunkan pemain yang dimahukan.”

“Para pemain juga bersedia dan sekiranya perlu beraksi, kami tetap akan memberikan yang terbaik dan keadaan fizikal dan mental pasukan juga amat baik.”

Kesebelasan Utama Bali United vs Terengganu

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan bermula.

Info Siaran Langsung Bali United vs Terengganu

Tarikh: 4 Oktober 2023 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Kaptan Wayan Dipta 1
Siaran Langsung: Sooka 

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.