Terengganu Berisiko Hilang Dua Tonggak Di Piala AFC
Dunia
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Wakil Malaysia di Piala AFC, Terengganu berisiko hilang dua pemain berdepan Bali United dalam aksi kedua peringkat Kumpulan G.

Perkembangan terbaru menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Tomislav Steinbrucker perlu menilai secara terperinci selepas difahahamkan dua pemain dalam keadaan dipantau rapi.

Advertisements

Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa pemain yang sedang dipantau rapi dengan dua pemain utama juga berisiko tidak diturunkan.

Sang Peteh dalam momentum terbaik apabila merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan berdepan Selangor FC tempoh hari.

Advertisements

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan rentak pasukan setelah membenam cabaran Central Coast Mariners dengan keputusan 1-0.

Bercakap kepada wartawan MakanBola Malaysia, Azri Haziq, kapten Terengganu FC, Habib Haroon tetap optimis rakan sepasukan mampu memberikan kerjasama terbaik.

Advertisements

“Setiap pemain kami sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan. Jurulatih juga mempunyai perancangan tersendiri untuk menurunkan pemain yang dimahukan.”

“Para pemain juga bersedia dan sekiranya perlu beraksi, kami tetap akan memberikan yang terbaik dan keadaan fizikal dan mental pasukan juga amat baik.”

Advertisements
https://twitter.com/azrihazq/status/1709124249603158042?s=46&t=bAmfkXi0Ko4NcjHbEdo_Og

Tomislav memaklumkan bahawa Sony Norde kini dalam pantauan sementara pertahanan muda versatil, Safwan Mazlan kini mengalami kecederaan.

“Safwan Mazlan tidak dapat diturunkan kerana kecederaan namun keadaan Sony Norde juga tidak dapat dipastikan lagi.”

Advertisements

“Esok baru saya akan dapat menilai keadaan kesemua pemain untuk diturunkan,” jelasnya kepada MakanBola.

Terengganu akan turun berdepan Bali United pada 4 Oktober 2023 di Stadium Kaptan Wayan Dipta 1.

Advertisements

News Comments Account