Jurulatih Bali United Risaukan Ancaman Utama Terengganu
AFC Cup
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra menyebutkan ancaman utama Terengganu menjelang aksi Piala AFC 2023, 4 Oktober 2023.

Pengendali berasal dari Brazil itu mahu memastikan pasukannya tampil dengan aksi terbaik setelah mencatatkan kemenangan besar pada aksi pertama menentang wakil Filipina tempoh hari.

Advertisements

Bali United dalam momentuk terbaik selepas menang aksi terakhir berdepan Persikabo 1973 dengan keputusan 2-0.

Katanya, wakil Indonesia itu sudah melakukan persiapan rapi untuk berhadapan dengan kelab Maysia yang bukan calang-calang.

Advertisements

Beliau juga waspada dengan barisan pemain Terengganu terutamanya pemain tengah berpengalaman, Omid Nazari.

“Ya, beliau (Omid Nazari) pernah beraksi di Liga 1 Indonesia. Beliau beraksi dengan kelab yang amat baik di sini iaitu Persib Bandung.”

Advertisements

“Beliau sudah pasti mengetahui tentang liga kita tetapi kita tidak memberi fokus kepada seorang pemain sahaja. Mereka turun dengan pasukan yang kuat untuk menang, tetapi kita juga mahukan kemenangan,” ujarnya dalam sesi sidang media pra perlawanan.

Perlawanan kedua kumpulan itu bakal menjadi detik penting untuk memungut tiga mata berikutnya setelah Terengganu mengejutkan wakil Australia, Central Coast Mariners.

Advertisements

News Comments Account