Aksi pusingan pertama Japan Open 2024 menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dijadualkan menentang pemain muda Perancis, Alex Lanier.
Setelah berjaya menyumbang pingat gangsa di Olimpik Paris lalu, Zii Jia akan kembali turun ke gelanggang dengan misi dan semangat baharu untuk memburu lebih banyak kejuaraan.
Undian awal sebelum ini menyaksikan Zii Jia akan bertemu wakil China di pusingan awal namun akibat ramai pemain menarik diri, undian semula dilakukan dan jaguh negara ini bakal bertemu Lanier.
Selain Zii Jia, 5 lagi wakil negara akan turut beraksi di hari pertama dengan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei mengetuai cabaran 3 beregu lelaki dan juga perseorangan wanita serta beregu campuran.
Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Alex Lanier
Menurut data dari laman Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ini merupakan pertemuan pertama antara Lee Zii Jia dan Alex Lanier yang kini menduduki ranking ke-29 dunia.
Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Alex Lanier
Tarikh: 20 Ogos 2024 (Selasa).
Masa: 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Venue: Yokohama Kanagawa, Jepun.
Siaran Langsung: Youtube BWF.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.