Tumpuan rakyat Malaysia kini terarah kepada skuad bola sepak wanita Sabah yang akan turun berdepan FC Nasaf dalam aksi kedua Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL).
Setelah berjaya mengikat juara liga Nepal, APF FC tanpa jaringan Rabu lalu, Sabah bakal berhadapan misi hidup mati untuk melayakkan diri ke saingan utama AWCL.
Anak didik Justin Ganai memerlukan kemenangan ke atas FC Nasaf untuk mengesahkan slot di peringkat kumpulan setelah wakil Uzbekistan itu sudah meraih 3 mata dalam aksi pertama.
Kesebelasan Utama Sabah vs FC Nasaf
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Sabah vs FC Nasaf
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu).
Masa: 8 Malam.
Venue: Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Siaran Langsung: Youtube Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.