Wakil Malaysia, Sabah membuka kempen Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL) dengan langkah kanan setelah menewaskan Armed Police Force (APF) FC pada Rabu.
Turun selaku juara Liga Wanita Nasional (LWN), Sabah dijadualkan berdepan kelab Nepal, APF dalam perlawanan pertama peringkat kelayakan kumpulan C.
Kesebelasan utama Sabah diketuai oleh kapten Harimau Malaya, Steffi Sarge sementara tonggak tengah, Renuka Nagarkote diberi peranan sebagai ketua pasukan APF FC.
Pelawat terlebih dahulu menguji gawang Sabah menerusi rembatan Preeti Rai namun sekadar singgah di palang gol sebelum percubaan susulan berjaya dinafikan Azurin Mazlan.
Hujan lebat di pertengahan aksi menyebabkan kedua-dua pasukan sukar untuk mempamer corak permainan sebenar meski APF lebih banyak memberi tekanan dan mengasak pemain Sabah.
Separuh masa pertama tamat, Sabah FA 0-0 APF FC.
Bersambung babak kedua, tuan rumah mula melakukan pertukaran di bahagian tengah bagi menambah sengat dalam usaha memburu gol pembukaan.
Kekebalan benteng pertahanan Sabah ditunjangi oleh Siti Nur Faizah beberapa kali berjaya mengecewakan jentera serangan APF untuk kedudukan masih terikat tanpa gol.
Aksi di Stadium Likas berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Selepas ini, Sabah bakal bertemu wakil Uzbekistan, Nasaf FC pada 31 Ogos ini di venue yang sama sementara APF perlu menunggu keputusan perlawanan pada Sabtu.