Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)
MakanBola
Edited By FZ
Sponsors

Malaysia bakal mengharungi aksi kelima kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan malam ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa motivasi terbaik selepas berjaya menundukkan pasukan ke-100 dunia itu dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil.

Ad

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini untuk mencipta kejutan ke atas anak didik Stefan Tarkovic.

Ad

“Perlawanan ini penting kepada kedua-dua pasukan. Sesiapa yang memenanginya akan layak ke kelompok 18 pasukan terbaik.

“Malaysia tahu perlawanan ini tidak mudah. Bermain di gelanggang lawan menentang Kyrgyzstan. Namun begitu, semua halangan ini tidak akan menghentikan langkah Malaysia kerana samangat juang dan keinginan pasukan amat tinggi.

Ad

Tarkovic pula tahu tugas sukar menanti anak buahnya untuk mengadapi tentangan Harimau Malaya di Bishkek.

Ad

“Mengalahkan Malaysia dan Oman bakal membuka peluang untuk kita mara, namun ya tugas itu bukan mudah. Akan tetapi, kami mahu menunjukkan kualiti dan impian kami untuk mara,” jelas Tarkovic sebelum perlawanan.

Ad

Rekod Pertemuan Kyrgyzstan vs Malaysia

Malaysia hanya bertemu Kyrgyzstan sebanyak dua kali dan merekodkan satu kemenangan dan satu seri.

Kejayaan menumpaskan lawan di Bukit Jalil dengan keputusan 4-3 bakal menjadi

Kesebelasan Utama Kyrgyzstan vs Malaysia

Info Siaran Langsung Kyrgyzstan vs Malaysia

Tarikh: 6 Jun 2024 (Khamis)
Masa: 11 Malam
Venue: Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek
Siaran Langsung: Sukan RTM (Free) & Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.