Aksi Liga Super Tertunda Minggu 9 menyaksikan pertembungan antara Perak menentang JDT.
Skuad kendalian Hector Bidoglio masih segar dengan kejayaan menumpaskan wakil China, Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
“Ia perlawanan penting bagi kami kerana mahu mengekalkan momentum kemenangan namun dalam membuat percaturan bagi menghadapi Perak, kami tetap berwaspada dengan taktik permainan lawan.
“Mereka menang tiga perlawanan terakhir dan moral mereka juga tinggi untuk berusaha menafikan kemenangan kami. Tetapi kami akan turun beraksi dengan lebih dinamik dan mengekalkan intensiti tinggi,” katanya.
Perak pula mempamerkan peningkatan prestasi selepas menang 4 daripada 5 aksi terakhir termasuklah ketika membenam Sri Pahang dengan keputusan 3-0.
Kesebelasan Utama Perak vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Perak vs JDT
Tarikh: 27 September 2024 (Jumaat)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.