Advertisements
AFC MA Ranking: JDT & Selangor Bawa Malaysia ‘Terbang Tinggi’
Asia
MakanBola
JST/SFC

Persembahan memukau dua kelab gergasi negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor memastikan tambahan pungutan mata dan memperbaiki kedudukan AFC MA Ranking Malaysia.

Skuad Harimau Selatan cemerlang menundukkan kelab China, Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 setelah mengikat Shanghai Port 2-2 tempoh hari.

Selangor yang dibimbing oleh Nidzam Jamil turut berbisa apabila meraih 3 mata pertama di ACL2 apabila menundukkan DH Cebu.

Kejayaan dua pasukan negara membolehkan tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia untuk menjarakkan diri dengan Vietnam dari Asia Timur.

Kemas kini laman Footy Rankings menunjukkan JDT meraih 7.000 mata manakala Selangor memungut 4.667 untuk menjadikan tambahan mata kepada 5.833 ketika ini.

Untitled design 11 AFC MA Ranking: JDT & Selangor Bawa Malaysia 'Terbang Tinggi'

Malaysia kini mengumpul 30.361 mata dan berada di tangga ke-6 negara Asia Timur, dipisahkan dengan dua mata berbanding Australia di tangga kelima.

Malaysia juga menjadi negara Asia Timur dengan pungutan mata paling tinggi bagi aksi minggu kedua di Asia hasil persembahan cemerlang JDT dan Selangor.

Untitled design 29 AFC MA Ranking: JDT & Selangor Bawa Malaysia 'Terbang Tinggi'

Pungutan mata ini penting buat Malaysia untuk mengekalkan slot automatik ke ACLE dan ACL2 bagi musim 2026/27.