Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan (Live Streaming)
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Aksi minggu ke-7 Liga Super bakal menemukan Sabah dan juga Negeri Sembilan.

Sabah berada dalam momentum kurang baik selepas tewas tiga perlawanan pada peringkat kumpulan manakala Negeri Sembilan merekodkan tiga mata pertama menewaskan Sri Pahang.

Ad

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya kembali bangkit selepas tewas 3 perlawanan berturut-turut.

Ad

“Sebelum ini, kita tewas kepada TFC dan harus melupakan bab Piala FA. Tempoh hari, Sabah FC tewas kepada JDT, jadi kita perlu memberi tumpuan semula kepada perlawanan Liga Super.

“Perlawanan menentang NSFC sangat penting untuk kita menambah keyakinan dan memastikan Sabah FC tidak lagi kehilangan mata untuk memperbaiki kedudukan dalam liga,” kata Kim Swee.

Ad

Kesebelasan Utama Sabah vs Negeri Sembilan

Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Sabah vs Negeri Sembilan

Tarikh: 25 Julai 2024 (Khamis)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Likas, Sabah.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.