Pertembungan aksi Liga Super minggu ke-4 antara Selangor dan Perak mencuri tumpuan.
Pasukan bimbingan Nidzam Jamil masih belum tewas dalam 3 perlawanan yang diharungi dan belum bolos sebarang jaringan.
Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, beliau waspada sepenuhnya dengan kekuatan sebenar The Red Giants.
“Selangor masih belum melepaskan jaringan secara dalam perlawanan setakat ini. Tiga perlawanan dengan 10 jaringan oleh Selangor menunjukkan kekuatan mereka.
“Kita juga perlu memperbaiki kekuatan kita. Selepas kunjungan ke Darul Aman tempoh hari, pasukan kita berada dalam momentum terbaik,” jelas Yusri Che Lah kepada Astro Arena.
Beliau bagaimanapun tetap optimis dengan kekuatan pasukan dan mahu mempersiapkan fizikal dan mental para pemain sebaik mungkin buat Perak FC.
Rekod Pertemuan Selangor vs Perak
Selangor memiliki rekod baik berdepan Perak apabila menumbangkan lawan dengan keputusan 4-0 dalam dua aksi Liga Supee musim lalu.
Kesebelasan Utama Selangor vs Perak
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Selangor vs Perak
Tarikh: 23 Jun 2024 (Ahad).
Masa: 5:30 Petang
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.