Ads
Yusri Che Lah: Saya Tak Mahu Perak Dilabel Pasukan Agresif
Piala FA
Perak FC

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menuntut anak buahnya agar lebih bersabar dalam mengawal emosi ketika beraksi di atas padang.

Advertisements

Pasukan Perak terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah pada minit ke-69 ekoran mengasari Safawi Rasid.

Advertisements

Yusri Che Lah meminta para pemainnya lebih berhati-hati dalam mengendalikan emosi ketika bermain memandangkan layangan kad merah tidak memberikan imej yang baik dalam sukan bola sepak.

Advertisements
Advertisements

“Sekali lagi saya katakan untuk para pemain saya agar lebih bersabar kerana kad merah itu satu perkara yang nampak terlalu jahat sebenarnya.

“Kalau dapat 10 kad kuning dalam satu perlawanan orang tak nampak jahat tapi kalau satu kad merah boleh menampakkan bukanlah jahat sebaliknya mungkin agresif, kasar ataupun pasukan yang sinonim dengan kad merah.

Advertisements

“Sebab itulah saya tak mahu kerana ianya diberi jolokan kepada pasukan Perak.” ujar Yusri Che Lah setelah tamat perlawanan Terengganu menentang Perak.

Pengendali Perak itu juga memohon maaf atas aksi yang diluar jangkaan daripada pemain Perak dan berharap insiden kad merah sebegitu tidak berulang lagi.

“Saya memohon maaf ke atas kesilapan pemain saya terutama dalam dua perlawanan yang menyebabkan mereka perlu belajar dengan situasi seperti kunjungan penonton yang ramai. Saya mohon maaf sekali lagi dan mungkin pemain perlu lebih bersabar dalam semua tindakan.

“Sebenarnya kita mengingatkan dalam separuh masa pertama supaya berhati-hati kerana pemain terlalu beremosi apabila pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti dan jaringan terhasil.

“Dua perkara yang pemain saya mungkin melihat keadaan itu tak seharusnya tuan rumah perolehi tetapi inilah bola sepak.

“Apa yang penting keadaan itu harus dikeluarkan dari pemikiran pemain supaya mereka lebih tenang dalam setiap tindakan kerana kita masih berbaki 45 minit ketika itu.

“Saya harap pemain saya jangan terus melakukan perkara yang sama dan setiap tindakan kita akan menyebabkan kerugian kepada pasukan.” tambah beliau lagi.

Advertisements

Perak kini tersingkir daripada saingan Piala FA dan aksi seterusnya pasukan kendalian Yusri Che Lah adalah menentang pasukan Selangor dalam saingan Liga Super pada 23 Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram