Aksi menarik bagi minggu ke-10 dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia bakal menemukan pendahulu liga, JDT dan juara musim 2022, Selangor di Shah Alam pada Ahad.
JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia berada di prestasi terbaik setelah mencatatkan kemenangan bersih dalam keseluruhan sembilan perlawanan dalam saingan MPFL musim kali ini.
Tidak ketinggalan, Selangor turut memiliki momentum yang positif selepas meraih lima kemenangan berturut-turut sebelum ini termasuklah menumbangkan juara bertahan, Pahang Rangers di laman sendiri.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 16 Mac lalu di Pasir Gudang yang menyaksikan Harimau Selatan bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk menewaskan Selangor dengan keputusan 4-2.
Kedudukan MPFL 2024 memaparkan JDT yang selesa menerajui takhta dengan 27 mata maksimum sementara Selangor berada di tempat ketiga dengan 18 mata, satu mata ketinggalan di belakang Pahang Rangers.
Kesebelasan Utama Selangor vs JDT
Kehadiran pemain import baharu bagi kedua-dua pasukan nyata membawa impak yang besar apabila Bruno Taffy sudah meledak tiga gol buat JDT manakala Gabriel Rossa juga mengumpul tiga jaringan dalam dua aksi buat The Red Giants.
Senarai pemain bagi Selangor dan JDT akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Selangor vs JDT
Tarikh: 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Kompleks Sukan Negara, Shah Alam, Selangor.
Siaran Langsung: Astro Arena 2.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.