Aksi tumpuan seluruh penyokong bola sepak tempatan terarah kepada perjuangan Malaysia yang bakal berdepan pasukan ke-80 dunia, China.
Perlawanan kedua di Chengdu, China ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berada dalam motivasi terbaik selepas mengikat pasukan ke-94 dunia, Syria tempoh hari.
Harimau Malaya sedia memungut lebih banyak mata FIFA berdepan China sambil kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terkuat pada malam ini.
Ketika ini, Malaysia yang menghuni tangga ke-136 dunia berpeluang menambah +6.93 mata sekiranya berjaya melakar kemenangan menentang China.
Kesebelasan Utama China vs Malaysia
Info Siaran Langsung China vs Malaysia
Tarikh: 9 September 2023 (Sabtu)
Masa: 7:35 Malam
Venue: Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China
Siaran Langsung: Sooka TV & TV9
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.