Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs India [B-23] (Live Streaming)
MakanBola
Azri/MakanBola

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan India (B-23) menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido kini sedang menjalani persiapan sesi latihan sebelum berlepas ke Qatar bagi menghadapi aksi Piala Asia B-23.

Skuad muda negara akan menghadapi ujian pertama berdepan India selepas kali terakhir beraksi kira-kira 4 bulan lalu menentang China B-23 di laman lawan.

Ketua jurulatih negara, Juan Torres Garrido optimis untuk memulihkan tahap kecergasan para pemain sambil menilai prestasi pasukan secara keseluruhan menentang India.

Ketika ini, 4 pemain utama skuad muda negara menggalas tugas bersama skuad senior yang mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Oman.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Kesebelasan Utama Malaysia vs India

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs India

Tarikh: 20 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 10 Malam
Venue: Stadium KLFA, Cheras.
Siaran Langsung: Hanya aksi tertutup diadakan (setakat ini).

Keputusan perlawanan akan dibawakan secara (real-time) di MakanBola.com