Advertisements
Juan Torres Tak Mahu ‘Ganggu’ Arif Aiman
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih skuad b-23 negara, Juan Torres Garrido optimis untuk memastikan persiapan pasukan berjalan lancar namun tidak pernah berbicara tentang kehadiran Arif Aiman Hanapi ke dalam skuadnya.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengambil alih posisi daripada bekas jurulatih, E. Elavarasan dan sudah mengharungi dua ujian awal menentang China.

Skuad muda negara mengharungi aksi yang amat baik di bawah kendaliannya apabila berjaya menundukkan China dengan keputusan 1-0.

Juan Torres bagaimanapun optimis dengan persiapan yang bakal diharungi pasukan menjelang saingan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Qatar, April ini.

Beliau juga berbicara tentang ketiadaan Arif Aiman yang tidak dipanggil dalam senarai b-23 untuk membawa cabaran negara.

“Sebenarnya, kita tidak pernah sebut tentang Arif Aiman (Hanapi). Arif Aiman sudah menunjukkan tahapnya untuk berada dalam kesebelasan utama skuad senior kebangsaan. “

“Pemain sebegini boleh saja mencipta perbezaan untuk pasukan ini tapi seperti yang anda tahu, itu sudah berakhir sekarang. Sudah tentu ini bagus untuk pasukan tetapi kita ada pelan untuk skuad akhir. Sekiranya kita mahu masukkan nama beliau, seorang pemain perlu digugurkan.”

Juan juga yakin senarai akhir pemain b-23 negara akan diketahui tidak lama lagi.

“Ketika ini, seramai 17 orang pemain baru dipanggil untuk menjalani latihan dan selepas 27 atau 28 Mac (kem skuad senior tamat) kita boleh lihat senarai penuh pemain.”

Sebelum ini, para pemain negara menyatakan keyakinan terhadap percaturan Juan dan Shukor Adan yang dikatakan mudah difahami oleh pemain.

Malaysia bakal mengharungi 5 aksi persahabatan sebagai persiapan ke Qatar dengan India b-23 bakal menjadi satu satunya lawan di laman sendiri dalam satu aksi tertutup.

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bagi saingan yang akan berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024.

Ketika ini, 4 orang pemain skuad muda negara sedang bersama pasukan senior bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.