Juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan bakal berentap dengan Filipina untuk aksi penentuan tempat ketiga kejohanan berprestij itu.
Kedua-dua pasukan itu merebut tempat ketiga selepas tewas dalam aksi awal masing-masing. Tajikistan terpaksa akur dengan kehandalan wakil Asia Barat, Lubnan.
Sementara Filipina pula hampa apabila gol Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid membawa tuan rumah Malaysia ke pentas final.
Dari segi kedudukan ranking, The Crowns memiliki ranking yang lebih baik dengan menduduki kedudukan ke-104 berbanding The Azkals (ranking ke-148). Meskipun begitu, penyerang muda pasukan itu, Shahrom Samiyev enggan memandang enteng cabaran Filipina.
“Dalam perlawanan ini, kami akan berjuang untuk menang, Walaupun Filipina dilihat lemah daripada kita dari segi ranking FIFA, pihak lawan berpengalaman dan ramai pemain mereka beraksi di Eropah.
“Kami tahu perlawanan yang sukar menanti kami tetapi kami bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang positif,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang diadakan pada 7 September lalu.
Rekod Pertembungan Filipina vs Tajikistan
Filipina dan Tajikistan bertemu sebanyak lima kali mengikut data terbaru Transfermarkt. Tiga aksi sebelumnya memihak kepada The Azkals.
Dua daripadanya direkodkan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019. Filipina yang ketika itu dibimbing Thomas Dooley berjaya mengalahkan Tajikistan 4-3 pada 13 Jun 2017 dan 2-1 (27 Mac 2018).
The Crowns hanya merekodkan satu kemenangan ke atas The Azkals pada 9 Oktober 2018. Komron Tursunov dan Akhtam Nazarov menyumbat dua gol buat pasukan Asia Tengah itu.
Kesebelasan Utama Filipina vs Tajikistan
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Filipina vs Tajikistan
Tarikh: 8 September 2024 (Ahad)
Masa: 4.30 Petang
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: TV Okey dan Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.