Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Lebanon (Live Streaming)
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Aksi Malaysia vs Lubnan pada pentas final Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan.

Ketua Jurulatih, Pau Marti optimis untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan membawa pulang trofi berprestij itu.

Ad
Sponsors

“Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga tuan rumah untuk beraksi di final. Kita ada satu hari lagi untuk persiapan dan pemain akan memberikan 100 peratus untuk muncul juara.

Ad

“Kita sedar sudah hampir 10 tahun tidak muncul juara Pestabola Merdeka. Harapnya kita boleh menang trofi ini esok,” katanya.

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018.

Ad

“Kita menang kedua-dua perlawanan (dengan keputusan) 2-1. Tapi sekarang, (skuad negara) kali ini ada perbezaan yang besar. Beberapa pemain yang saya katakan sebelum ini di setiap bahagian, mereka memiliki kualiti menarik.

Ad

“Mereka cukup tersusun (macam) Filipina dan aksi esok cukup bagus untuk saya dan pemain-pemain saya. Ia satu pengalaman yang bagus berhadapan pasukan yang kuat seperti Malaysia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

Rekod Pertemuan Malaysia vs Lubnan

Kedua-dua pasukan pernah berentap dalam dua aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019. Lubnan dan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Utara dan Hong Kong.

Harimau Malaya tewas 2-1 kepada The Cedars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 13 Jun 2017. Magis dua gol bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rabih Ataya memadamkan gol awal yang dijaringkan Mahali Jasuli.

Hasrat skuad negara mencuri satu mata di Beirut turut digagalkan Lubnan pada 27 Mac 2018. Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan buat Malaysia selepas ketinggalan awal menerusi gol Hassan Maatouk.

Tatkala kem negara menyangka dapat pulang ke Kuala Lumpur dengan satu mata, Hilal El-Helwe menjaringkan gol kemenangan Lubnan pada minit akhir perlawanan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Lubnan

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Lubnan

Tarikh: 8 September 2024 (Ahad)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: RTM Klik, Sukan RTM (Percuma) & Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.