Siaran Langsung Piala FA: Kuching City vs Selangor (Live Streaming)
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pertemuan antara pasukan Kuching dan juga Selangor bakal menghangatkan saingan Piala FA malam ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil optimis dengan perkembangan anak buahnya sungguhpun tidak dapat menggunakan tiga pemain akibat kecederaan.

Ad

Pengendali muda itu melihat pasukannya memiliki seramai 25 pemain yang mempunyai kemampuan yang setara.

Ad

“Saya selalu nampak perkara ini sihatlah. Ya, sudah tentu dari segi emosinya, pemain akan rasa sedikit sedih. Tapi inilah bola sepak, kita hanya boleh letakkan 11 pemain. Cuma jawapannya, memang bosanlah sebab kita ada 25 pemain yang bagus.

“Tapi saya suka dengan situasi sekarang kerana kesemua pemain mendahulukan pasukan daripada mendahulukan diri sendiri. Kita boleh nampak ada pemain yang tak bermain tetapi masih memberi latihan yang baik,” jelasnya.

Ad

Kesebelasan Utama Kuching City vs Selangor

Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Kuching City vs Selangor

Tarikh: 29 Jun 2024 (Sabtu)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Negeri, Kuching.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.