Aksi suku akhir Piala FA 2024 antara Penang dan juga Kedah Darul Aman memcuri tumpuan.
Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Jurulatih, Akmal Rizal sebelum bertemu Kedah, beliau optimis moral pasukannya masih dalam keadaan baik sungguhpun tunduk kepada lawan sama tempoh hari.
“Ada beberapa perubahan yang akan saya lakukan. Akan ada pemain baru yang dibawa masuk dan akan ada perubahan posisi pemain dalam formasi.
“Jadi, saya harap dengan perubahan ini, kita akan lebih bersedia dan lebih tajam untuk menghadapi barisan pertahanan Kedah (yang) berpengalaman untuk menghasilkan jaringan,” katanya dalam temu bual pra-perlawanan kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Nafuzi Zain yang mengendalikan Kedah tetap berwaspada dengan ancaman lawan yang sudah pasti mahu bangkit mencari kemenangan.
“Persiapan Kedah berjalan dengan baik dan pemain bermotivasi. Kita waspada dengan kebangkitan Penang dan berharap keputusan positif sebelum pulang ke Alor Setar nanti,” ujarnya.
Kesebelasan Utama Penang vs Kedah Darul Aman
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Penang vs Kedah Darul Aman
Tarikh: 28 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.