Aksi separuh akhir kedua bakal melibatkan pertembungan antara Selangor dan Terengganu.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil menagih sokongan padu pemain ke-12 untuk membantu pasukannya lebih bersemangat ke final.
“Kami memerlukan sokongan penyokong Selangor untuk menjadi pemain ke-12 pada Sabtu sekali gus membakar semangat pemain.
“Cita cita kami untuk ke perlawanan akhir Piala FA dan kami sangat bermotivasi untuk perlawanan penting esok,” katanya.
Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap anak buahnya tidak leka untuk mengekang asakan tuan rumah seawal minit pertama.
“Kita sudah meraih keputusan 3-2 dan saya harap kita akan bersedia untuk menghadapi perlawanan sukar dan mencapai misi ke perlawanan akhir.
“Ia (perlawanan akhir Piala FA) adalah sasaran pertama kami musim ini. Keputusan 3-2 itu mungkin tidak kukuh tetapi ia tetap memberikan kelebihan kepada kami,” katanya.
Kesebelasan Utama Selangor vs Terengganu
Info Siaran Langsung Selangor vs Terengganu
Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.