Pertembungan dua pasukan Liga Super, Terengganu dan Perak menghangatkan lagi saingan Piala FA 2024.
Pasukan bimbingan Yusri Che Lah mahu kembali bangkit selepas tunduk 3-1 pada aksi menentang skuad Peteh dalam saingan Liga Super 2024/25.
“Terengganu semakin kuat. Selepas tiga perlawanan, mereka menghasilkan enam jaringan di tempat sendiri termasuk tiga jaringan ke atas kami dan satu bolos dengan kami.
“Kami perlu berikan tumpuan lebih 100 peratus kerana mereka akan turun dengan lebih kuat memandangkan saya menjangkakan kesemua pemain mereka telah pulih.
Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner sudah pasti mahu mengekalkan momentum cemerlang berdepan The Bos Gaurus.
Rekod Pertemuan Terengganu vs Perak
Terengganu memiliki rekod cemerlang pada awal permulaan Liga Super apabila menundukkan Perak dengan keputusan 3-1 di laman sendiri.
Kesebelasan Utama Terengganu vs Perak
Info Siaran Langsung Terengganu vs Perak
Tarikh: 14 Jun 2024 (Kumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: RTM Sukan / Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.