Siaran Langsung Undian Shopee Cup: Terengganu & KL City
MakanBola
Edited By FZ
Sponsors

Siaran langsung Shopee Cup 2024 menjadi tumpuan dengan dua wakil Malaysia bakal membawa cabaran negara dalam kejohanan Asia Tenggara ini.

Shopee Cup bakal menampilkan 12 pasukan utama rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 perlawanan.

Ad

Selaras dengan perubahan liga-liga serantau yang mengikut kalendar yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shopee Cup bakal berlangsung dari 17 Julai 2024 hingga 21 Mei 2025.

Ad

Kejohanan ini bakal menyaksikan penyertaan dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Singapura dan Filipina pula bakal diwakili oleb sebuah pasukan.

Slot bagi juara liga Brunei, Cambodia, Laos dan Myanmar pula bakal bersaing dalam penentuan play-off untuk merebut baki dua slot.

Ad

12 kelab yang layak akan diundi dalam kumpulan menerusi undian rasmi kumpulan. Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan pasukan pertama dan kedua setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Ad

Format separuh akhir dan final kejohanan bakal menggunakan format home dan away.

Ad

Senarai Wakil Malaysia Di Shopee Cup

Dua wakil Malaysia di Piala AFC sebelum ini iaitu Terengganu dan KL City bakal membawa cabaran negara di Shopee Cup.

Siaran Langsung Undian Shopee Cup

Tarikh: 8 Mei 2024 (Rabu)
Masa: 12 Tengah Hari
Venue: Ho Chi Minh City
Siaran Langsung: Youtube Asean United